Wednesday, November 4, 2009

Sekolah Saya

Sekolah yang saya tunjukkan sekarang adalah SJK (C) Machap Umboo. Saya dapat naik pangkat ke GPK Kokurikulum dan berkhidmat di sekolah sekarang. Sekolah ini mempunyai 17 orang guru, 6 orang staf, dan 205 orang murid dari Pra-sekolah ke Tahun 6.
Guru Besar saya seorang wanita yang berkaliber. Beliau merupakan seorang Guru Besar Cemerlang DGA 38. Beliau juga beraktif dalam masyarakat dan pernah dianugerah pingat PJK dan BKT oleh TYT Melaka atas usaha beliau.
Guru-guru dan staf sekolah ini dapat menjalankan tugas dan kewajipan mereka dengan bersungguh-sungguh. Ada guru yang berkhidmat di sekolah ini lebih 20 tahun dan mereka tidak mahu berpindah walaupun sekolah ini agak jauh dari rumah mereka. Memandangkan kesanggupan guru-guru ini, keputusan UPSR sekolah yang terletak di luar bandar ini dapat mencapai 85% ke atas.

Kampung Saya

Kampung Machap Baru merupakan kampung baru yang terbesar di Melaka. Bilangan penduduknya lebih kurang 4000 orang. 95% penduduknya terdiri daripada orang Cina. 4% penduduknya orang Melayu dan 1% pendudunya terdiri daripada orang India dan lain-lain bangsa.
Kampung ini terletak di Daerah Alor Gajah. Di kampung ini terdapat sebuah masjid yang dibina oleh penduduk Cina. Ini adalah kerana pada Zaman Penjajahan Jepun di Malaysia, Datuk Machap telah menyelamatkan ramai penduduk kampung daripada dibunuh askar Jepun.
Kampung Machap Baru terletak di kawasan empangan air Machap. Ianya sebuah kampung yang aman dan damai. Penduduk di sini sangat mesra dan harmoni. Penduduk yang berbilang kaum ini sentiasa hormat-menghormati dan saling bekerjasama.

Tuesday, October 27, 2009

Buli Di sekolah

PENGENALAN
Murid ialah generasi pelapis pada masa akan datang. Mereka bakal diamanahkan untuk memimpin dan menerajui negara. Bagi merealisasikan dan mencapai hasrat aspirasi ini, institusi sekolah disandarkan menjadi pusat pembentukan jati diri dan pengisian modal insan. Kerajaan, masyarakat, ibu bapa, dan para pendidik mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam menentukan hala tuju generasi ini.
Namun, beberapa insiden pelanggaran disiplin terutamanya bersifat buli yang berlaku dalam dunia persekolahan dewasa ini sedikit sebanyak telah mencemarkan harapan dan aspirasi ini.
. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama , bertanggungjawab membanteras gejala ini hingga ini hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Justeru itu, kami berdua berusaha untuk mengaji faktor-faktor buli dan cara penyelesaiannya di sekolah. Segala saranan dan cadangan yang dikemukakan ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah untuk sama-sama berganding tenaga ke arah perubahan dan pembentukan sikap murid kepada yang lebih positif dalam usaha membendung serta mengurangkan masalah tersebut ke tahap yang minimum.

MATLAMAT
Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah tentang perlakuan buli dan kesannya, serta cara penyelesaiannya. Seterusnya memahami dan menghayati peranan dan fungsi masing-masing dalam pelaksanaan strategi dan pelan tindakan di peringkat sekolah untuk menbendung gejala buli.

OBJEKTIF
1. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah tentang gejala buli.
2. Mengklasifikasikan jenis-jenis salahlaku yang boleh ditaksirkan sebagai perbuatan buli.
3. Memberi kesedaran kepada setiap warga sekolah dalam menangani dan mengatasi gejala buli.

DEFINISI BULI
Buli ertinya perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang murid atau kumpulan muird supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru atau perbuatan mendera atau mempermain-mainkan seseorang murid atau kumpulan murid yang biasanya lemah untuk menggertak atau menakutkan murid atau kumpulan murid berkenaan.

JENIS-JENIS BULI
Buli boleh dikategorikan sebagai berikut :

Fizikal
- pukul
- tumbuk
- tendang
- tolak/ tarik
- tampar
- cubit
- pulas telinga
- tindih
- menghimpit
- peteh/ bentes / tendang pada kaki
- sekeh / luku / ketuk
- cekik
- raba
- dan lain-lain perbuatan yang seumpamanya

Lisan
- ejekan
- panggilan / gelaran yang mengaibkan
- fitnah
- mencarut / memaki / menghina / mengherdik / mempersenda
- dan lain-lain pernyataan lisan yang seumpamanya.

Isyarat ( bukan lisan)
- jelir lidah
- bahasa badan
- jegil mata
- isyarat lucah
- dan lain-lain perbuatan bukan lisan yang seumpamanya.

Peras ugut
- minta duit secara paksa
- memaksa mangsa membuat kerja/ kerja rumah
- minta barang secara paksa
- memaksa menjelaskan bayaran(makanan,minuman, alat tulis dll)
- sembunyi barang mangsa
- mengugut supaya merahsiakan perbuatan salah laku dan seumpamanya.
- Memaksa melakukan salah laku.
- Menjadi orang suruhan
- Dan lain-lain perbuatan yang seumpamanya

Memulau
- mangsa buli sengaja tidak dimasukkan ke dalam kumpulan.
- Mangsa buli tidak diberikan kemudahan yang sepatutnya.
- Mangsa buli tidak diberikan kerjasama.
- Pembuli tidak suka pelajar yang ikut peraturan (skema).

FAKTOR-FAKTOR BULI
Buku Developmental Psychology Childhood and Adolescence (1996) telah memetik huraian Patterson (1982; Patterson et. Al 1989) yang menerangkan bahawa anak-anak yang bermasalah selalunya tinggal di dalam keluarga yang dianggap sebagai tapak semaian kepada tingkahlaku antisosial dan garang.

Implikasi:
Murid lain yang lebih pandai akan menjauhkan diri daripada mereka. Murid ini juga akan kerap dikritik dan tidak diambil berat oleh guru-guru. Murid ini akan ditempatkan di dalam kelompok pelajar yang sama taraf akademiknya dan secara relatifnya juga bermasalah dan mempunyai sikap anti sosial.

Penolakan masayarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan mereka terbatas kepada pelajar yang lemah dalam matapelajaran dan bermasalah sama seperti mereka. Sesetengah daripada mereka membentuk geng ataupun deviant cliques. Kumpulan ini akan menjerumuskan mereka kepada peningkatan sikap-sikap agresif, antisosial, tidak mementingkan pelajaran dan terjebak di dalam aktiviti yang berbau jenayah (Thomas Dsion & Associates, 1991).

BERITA HARIAN, 9 JUN 2005. Sekadar untuk berseronok-seronok menjadi satu faktor utama perbuatan buli di kalangan murid, malah pembuli terbabit berasa seronok melihat orang lain merana akibat gangguan berkenaan. Presiden Psikologi Malaysia, Prof Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, berkata murid yang membuli juga melihat perbuatan itu sebagai satu cara untuk memeriahkan situasi atau keadaan. Punca berkenaan hasil kajian bertajuk `MEMAHAMI FAKTOR-FAKTOR TINGKAHLAKU BULI DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH’ yang dijalankan bersama beberapa penyelidik lain tahun lalu. Kajian membabitkan seramai 2,528 murid sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
Dari segi perasaan mangsa pula seperti yang dijangka, secara keseluruhan perasaan mangsa adalah negatif, psikologi mereka terganggu, majoritinya berasa marah. Selain itu, mangsa turut merasa risau, kecewa, hendak mengangis, sedih, malu dan terganggu fikiran menyebabkan merekia tidak boleh memberi tumpuan kepada pelajaran.

Antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan salah laku buli:
Keluarga
-Kurang didikan dan penghayatan agama/ moral.
-Kurang perhatian dan kasih saying
-Gaya asuhan
-Peniruan ( Role Model ) gaya hidup dalam keluarga.
-Kurang pengawasan.

Sekolah
-kurang pengawasan
-Persekitaran dan iklim sekolah
-Kawalan murid yang lemah.
-Kurang intervensi yang sesuai terhadap kes-kes buli.
-Pengurusan disiplin kurang cekap.
-Guru tidak bertindak sebagai role model.
Individu
-saiz badan
-panas baran
-terlampau aktif
-egoistik
-dendam kerana pernah dibuli
-Kecelaruan gender
-konsep kendiri yang rendah
-gila ‘ glamour’

Pengaruh media
-Rancangan bercorak keganasan.
-Bahan negatif melalui internet.
-Media cetak yang negative seperti komik, majalah, akhbar tabloid,
Bahan bacaan porno, picisan dan lain-lain.
-Permainan video

Persekitaran
-Mahu pengiktirafan rakan sebaya.
-Berada dalam komuniti tidak prihatin.
-Institusi masyarakat yang lemah.
-Ikatan kejiranan yang longgar.

PERANAN PENGURUSAN ANTI BULI DI SEKOLAH
Peranan Pengetua / Guru Besar
1. Berkuasa penuh terhadap pengurusan disiplin.
2. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah.
3. Mewujudkan kesedaran di kalangan semua pihak tentang isu buli di sekolah.
4. Mewujudkan perhubungan dan permuafakatan dengan agensi luar.
5. Melaporkan perkembangan isu disiplin sekolah kepada pihak PPD dan JPN.
Peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
1. Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah.
2. Menguruskan mesyuarat berkaitan pengurusan disiplin sekolah.
3. Melaporkan kes kepada Guru Besar.
4. Menyediakan laporan untuk PPD/JPN/SBP/ Teknik dan Vokasional.
5. Memberi kefahaman tentang kesan dan implikasi buli kepada guru dan murid.
6. Menerima aduan kes buli dan menjalankan tindakan susulan.

Peranan Guru Disiplin
1. Bertanggungjawab kepada Guru Besar.
2. Merancang, menyelaras dan melaksana program yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah.
3. Mengenal pasti murid berisiko.
4. Memastikan kesahihan aduan.
5. Merekod semua kes.
6. Menjalankan pemantauan.
7. Tindakan susulan berterusan.
8. Menyediakan laporan kepada PK HEM.
Peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling
1. Bertanggungjawab kepada Guru Besar.
2. Mengenal pasti murid berisiko.
3. Menerima dan menyiasat aduan murid.
4. Menjalankan sesi kaunseling kepada murid yang terlibat.
5. Menyebarkan maklumat anti buli kepada warga sekolah dan ibu bapa murid.
6. Merekodkan kes.
7. Pemantauan berterusan.
8. Tindakan susulan.
9. Menyediakan laporan kepada PK HEM .

PANDUAN MENJALANKAN AKTIVITI MENANGANI BULI
Beberapa panduan yang menjadi prinsip utama dalam merancang aktiviti menangani buli adalah seperti berikut:
- Mestilah selaras dengan falsafah dan objektif sekolah yang merancangkannya.
- Perancangan hendaklah melihat kepada keperluan utama golongan murid terbabit.
- Dirancang oleh sekolah untuk menolong pelajar memperkembangkan potensi yang ada pada dirinya ke peringkat yang maksimum dalam bidang akademik dan sosial.
- Setiap ahli sekolah, guru-guru dan pengetua juga hendaklah bersama-sama untuk melakukan tugas bimbingan ini.
- Mestilah dirancang berterusan untuk menolong pelajar dalam alam persekolahan mereka, menolong mereka berkembang dalam kognitif dan efektif.

Orientasi Pemulihan
Kita hendaklah membuat andaian bahawa bukan semua murid berhak untuk diberi bimbingan. Maka hanya murid yang sangat memerlukan sahaja diberi keutamaan supaya sesuatu keadaan menjadi lebih serius.

Oreintasi Pencegahan
Bagi merancang aktiviti pencegahan sebagai fungsi program pencegahan buli ini, kita mengandaikan semua murid berhak mendapatkan bimbingan dalam alam persekolahan mereka. Ia lebih baik dilaksanakan pada peringkat awal. Ini kerana tugas pencegahan adalah lebih ringan daripada membuat pemulihan di akhir nanti.

Oreintasi Perkembangan
Setiap murid yang normal itu adalah berhak diberikan bimbingan bagi perkembangan dirinya. Ia tidak berorientasikan krisis, tetapi lebih mengutamakan perkembangan potensi yang ada pada murid. Ia adalah satu perkhidmatan yang memlibatkan kerjasama seluruh masyarakat sekolah.

EMPAT LANGKAH HALANG PERBUATAN BULI
Menurut Profesor Olweus dari Bergen Universiti, Norway iaitu pelopor dalam kajian buli di dunia, sekiranya kes buli berlaku dalam lingkungan 10-15 peratus ia dianggap serius.

Terdapat 4 peringkat untuk menangani masalah buli. Pertama ialah tahap sekolah; kedua tahap kelas; dan ketiga tahap individu. Keempat perbincangan tentang budi hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG.

Bagi peringkat sekolah langkah pertama ialah sekolah perlu mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Pelajar boleh juga menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapat respons yang lebih tinggi tentang perkara ini, identiti pelajar hendaklah rahsia.
Kedua sekolah perlu mempunyai peratuan yang jelas berkaitan dnegan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah anti buli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.

Ketiga satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah perlu dibentuk. Antara ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada pentetua, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus proggram antibuli dan menilai keberkesanannya.

Keempat perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG.

KESIMPULAN
Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada
masyarakat yang lebih luas. Di samping mengajar, guru juga memainkan peranan
sebagai ‘role model’ yang utama kepada para pelajar.

Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau murid itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat untuk melahirkan samseng. Sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas dendam, perbuatan seumpama ini tidak sepatutnya menjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah.

Masalah buli ini, walau sekecil mana pun, ia mempunyai potensi yang besar
untuk merebak dengan berluasa jika dibiarkan. Maruah dan harga diri negara kita
adalah terletak pada rakyatnya yang sentiasa beretika, bermoral dan berdisiplin.

1 MALAYSIA MEMBINA NEGARA BANGSA

1 Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Wawasan 2020 dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohammad bagi mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Syarat yang paling penting ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini hanya akan tercapai apabila rakyatnya bersatu padu.

1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia Keenam (2009)

1 Malaysia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain, 1 Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama iailah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini hanya akan tercapai apabila rakyatnya bersatu padu.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep asimitasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaun etnik dilenyapkan dan diganti dengan sati identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu asset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

1 Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Konsep 1 Malaysia menjadi asas kepada semua ini dan ia adalah prinsip keadilan untuk semua kaum. Ini bermakna nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap berbeza-beza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1 Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

1 Malaysia adalah penerusan agenda membina negara bangsa. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lancar.

Perpaduan telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan tercapai. 1 Malaysia bertujuan bersemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020.

Kejayaan konsep 1 Malaysia memerlukan komitmen, dukungan serta sokongan semua pihak. Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa 1 Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan proses memasyarakatkan konsep 1 Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan doktrin Rukun Negara dapat dilaksanakan, dipantau dan diperkasakan setiap masa. Kepelbagaian sosio-budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi cirri-ciri kekuatan nasional dan dan kemudian diterjemahkan menjadi strategi pembinaan Negara bangsa.

Dengan ini, beberapa cadangan disarankan di sini agar kerajaan mengambil usaha ke arah memmasyarakatkan konsep 1 Malaysia ini melalui pendekatan serta program seperti berikut:

Satu: Kurikulum pendidikan rendah, menengah serta di peringkat Institusi pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia mestilah memperkenalkan konsep 1 Malaysia, Perlembagaan Malaysia dan Rukun negara sebagai mata pelajaran wajib mengikut peringkat-peringkat sewajarnya, dengan secara serius, konsisten dan berterusan.

Dua: Kurikulum yang serupa mesti juga diperkenalkan sebagai mata pelajaran wajib di seluruh organisasi pembinaan generasi seperti pusat-pusat latihan belia dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Organisasi masyarakat sivil dan NGO juga perlu digalakkan untuk menganjurkan siri penerangan mengenai prinsip-prinsip pembinaan negara seperti yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia.

Tiga: Golongan akademik dan penulis digalakkan untuk menulis buku-buku yang mengupas konsep 1 Malaysia. Hasil karya mereka mestilah dilambakkan ke dalam pasaran secara meluas dan dijadikan buku rujukan pengajaran di sekolah-sekolah, IPTA, IPTS, Pusat latihan Belia dan PLKN. Buku ini juga boleh dijadikan bahan bacaan di seluruh warganegara.

Ciri-ciri kekuatan nasional ini juga boleh digunakan untuk mencorak dan melaksanakan program pembangunan insan, pembangunan negara dan pembangunan ekonomi, di samping memperkasakan keupayaan Malaysia menembusi aneka peluang serta aktiviti ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Konsep 1 Malaysia juga membuktikan kebijaksanaan serta keprihatinan Perdana Menteri untuk member erti yang seluas-luasnya kepad doktrin Rukun Negara.

Akhir kata, konsep 1 Malaysia akan melahirkan dinamika warga negara yang sihat ke arah masa depan yang akan dibanggakan oleh seluruh rakyat, terutamanya generasi muda yang akan memberikan kesinambungan kepada kesejahteraan negara di masa depan. Jadi, marilah kita berikrar untuk untuk sama-sama menyumbang peranan bagi menjayakan konsep 1 Malaysia ini dari sekarang.

1 Malaysia

Monday, October 26, 2009